BigHelloToYouHonestStalker

Intan's Update ❤
Monday, August 5, 2013 ? 0 Atashinchi ?


|❤| BIGHELLOTOYOUSTALKER |❤|


Assalamualaikum and well hello there. Selamat bertemu kembali kita pada hari ini iaitu pada hari Isnin bersamaan 05/08/2013. Ohyaaaaaa! Apa cerita sekarang ni? Yelah, kalut dgn persiapan raya katanyaaaaa xD Kihkih ;p Semangat nak raya semakin membuak-buak bila lagu-lagu raya berkumandang di radio. Alahai, alangkah indahnya jika dapat beraya dgn satu keluarga yg bahagia :') Heeee.. Tapi apa pun, bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kita masih bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah :') 

Ok! Back to the point untuk hari ni, sekarang ni dah bulan 8. Pejam celik pejam celik dah nak raya. Bulan Ramadhan, bulan yg paling indah ni pun dah nak pergi meninggalkan kita. Ermmm, sejujurnya. Tahun ni rasa sekejap je kita berpuasa, bukan? Yelah, umur pun makin meningkat. Makin hari makin tua. Eh eh? Hihihi.. Tapi serius kan? Kenapa eh rasa sekajap sgt berpuasa pada tahun ni? Mungkin.............. Ermmm, kk. Bulan Ramadhan ni ramai yg mengejar amal ibadat kan? Sekali buat kebaikkan, berpuluh kali ganda dapat pahala nya berbanding bulan-bulan biasa :)

Ramai jugak yg tahu, pada bulan Ramadhan ni, syaitan-syaitan pun diikat. Ahli-ahli kubur pun dibebas dari seksaan kubur :') Alangkah mulianya di bulan ramadhan ni. Sekarang ni, kita semua sedang menunggu ketibaan bulan Syawal. Lagi 2 hari je lagi kita semua akan menikmati Hari Raya Aidilfitri ;) Jangan main mercun tau? Merempit pun kalau boleh jangan lah. Semua org nak raya kan? So, jagalah diri masing-masing agar tak ditimpa kecelakaan. Nanti kalau dah kena siapa yg susah? Keluarga jugak yg susah :')

So, sekarang macam mana? Dah buat persiapan yg secukupnya? Baju raya? Rumah raya? Seluar raya? Kasut raya? Kerata raya? Handphone raya? Apa lagi raya? Hihihi, tak perlu lah membazir nak beli semua-semua tu. Sampai kereta, phone pun nak raya. Amboi, melebih dah tu. Haha, raya ni cukup syarat je. Beli apa yg mampu nak beli. Tak mampu tak perlu lah nak beli bagai. Takkan semua ini membazir? Membazir itu amalam syaitan :) Just saying ^^ Apa pun, kepada orang-orang di luar sana yg ingin pulang ke kampung halaman, tolonglah berhati-hati di jalan raya. Bak kata pepatah, biarkan lambat, asal selamat. Tak gituuuuuuu? Hahaha ;p 

Best bukannya tak best dapat beraya dgn sanak saudara masing-masing di kampung halaman. Tambah-tambah kalau yang mana kampung jauh, alahai. Mesti meriah kan? Dapat pulak beraya dgn sepupu-sepapat yg ramai, lagi lah meriah. Terasa suasana hari raya nanti. Ermmmmm, best nyaaa :') Mana yang tak ada kampung halaman, beraya di bandar pun dah ok sebenarnya. Sebab apa? Sebab nanti sudah pastinya bandar akan lengang dik kerana ramai yg pulang ke kampung halaman mereka. Haha! So, macam meriah jugak beraya di bandar ni. Macam jelah k? Macam je ;p 

Ohyaaaa! Dengan ini, saya Intan Farhana Binti Roslan menyusun 10 jari, *20 pun boleh* Haha. Ok2. Serius! Dengan ini, saya Intan Farhana Binti Roslan ingin menyusun 10 jari memohon beribu-ribu-ribu-ribu ampun dan maaf kepada kawan-kawan, musuh-musuh, keluarga, sana-saudara dan sesiapa jelah yg mengenali diri ini. Maafkan saya :') Mana lah tahu pernah menyinggung perasaan, terkasar bahasa, gaduh sana-sini.. Kan kan? So, maafkan lah diri ini. Heee :') Dah nak raya tak baik nak bermusuh bagai. Nanti Allah tak suka ;) Ok? Apa pun, Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin. 
Indahkan bulan syawal anda bersama-sama dgn org yg tersayang ♥ Loveyaaaaaaa :* 

Yang menaip,
Intan Farhana Binti Roslan ♥










Thanks For Reading My NONSENSE Entry :)




Older Post