BigHelloToYouHonestStalker

Intan's Update ❤
Monday, August 5, 2013 ? 0 Atashinchi ?


|❤| BIGHELLOTOYOUSTALKER |❤|


Assalamualaikum and well hello there. Selamat bertemu kembali kita pada hari ini iaitu pada hari Isnin bersamaan 05/08/2013. Ohyaaaaaa! Apa cerita sekarang ni? Yelah, kalut dgn persiapan raya katanyaaaaa xD Kihkih ;p Semangat nak raya semakin membuak-buak bila lagu-lagu raya berkumandang di radio. Alahai, alangkah indahnya jika dapat beraya dgn satu keluarga yg bahagia :') Heeee.. Tapi apa pun, bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kita masih bernafas hingga ke saat ini. Alhamdulillah :') 

Ok! Back to the point untuk hari ni, sekarang ni dah bulan 8. Pejam celik pejam celik dah nak raya. Bulan Ramadhan, bulan yg paling indah ni pun dah nak pergi meninggalkan kita. Ermmm, sejujurnya. Tahun ni rasa sekejap je kita berpuasa, bukan? Yelah, umur pun makin meningkat. Makin hari makin tua. Eh eh? Hihihi.. Tapi serius kan? Kenapa eh rasa sekajap sgt berpuasa pada tahun ni? Mungkin.............. Ermmm, kk. Bulan Ramadhan ni ramai yg mengejar amal ibadat kan? Sekali buat kebaikkan, berpuluh kali ganda dapat pahala nya berbanding bulan-bulan biasa :)

Ramai jugak yg tahu, pada bulan Ramadhan ni, syaitan-syaitan pun diikat. Ahli-ahli kubur pun dibebas dari seksaan kubur :') Alangkah mulianya di bulan ramadhan ni. Sekarang ni, kita semua sedang menunggu ketibaan bulan Syawal. Lagi 2 hari je lagi kita semua akan menikmati Hari Raya Aidilfitri ;) Jangan main mercun tau? Merempit pun kalau boleh jangan lah. Semua org nak raya kan? So, jagalah diri masing-masing agar tak ditimpa kecelakaan. Nanti kalau dah kena siapa yg susah? Keluarga jugak yg susah :')

So, sekarang macam mana? Dah buat persiapan yg secukupnya? Baju raya? Rumah raya? Seluar raya? Kasut raya? Kerata raya? Handphone raya? Apa lagi raya? Hihihi, tak perlu lah membazir nak beli semua-semua tu. Sampai kereta, phone pun nak raya. Amboi, melebih dah tu. Haha, raya ni cukup syarat je. Beli apa yg mampu nak beli. Tak mampu tak perlu lah nak beli bagai. Takkan semua ini membazir? Membazir itu amalam syaitan :) Just saying ^^ Apa pun, kepada orang-orang di luar sana yg ingin pulang ke kampung halaman, tolonglah berhati-hati di jalan raya. Bak kata pepatah, biarkan lambat, asal selamat. Tak gituuuuuuu? Hahaha ;p 

Best bukannya tak best dapat beraya dgn sanak saudara masing-masing di kampung halaman. Tambah-tambah kalau yang mana kampung jauh, alahai. Mesti meriah kan? Dapat pulak beraya dgn sepupu-sepapat yg ramai, lagi lah meriah. Terasa suasana hari raya nanti. Ermmmmm, best nyaaa :') Mana yang tak ada kampung halaman, beraya di bandar pun dah ok sebenarnya. Sebab apa? Sebab nanti sudah pastinya bandar akan lengang dik kerana ramai yg pulang ke kampung halaman mereka. Haha! So, macam meriah jugak beraya di bandar ni. Macam jelah k? Macam je ;p 

Ohyaaaa! Dengan ini, saya Intan Farhana Binti Roslan menyusun 10 jari, *20 pun boleh* Haha. Ok2. Serius! Dengan ini, saya Intan Farhana Binti Roslan ingin menyusun 10 jari memohon beribu-ribu-ribu-ribu ampun dan maaf kepada kawan-kawan, musuh-musuh, keluarga, sana-saudara dan sesiapa jelah yg mengenali diri ini. Maafkan saya :') Mana lah tahu pernah menyinggung perasaan, terkasar bahasa, gaduh sana-sini.. Kan kan? So, maafkan lah diri ini. Heee :') Dah nak raya tak baik nak bermusuh bagai. Nanti Allah tak suka ;) Ok? Apa pun, Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Dan Batin. 
Indahkan bulan syawal anda bersama-sama dgn org yg tersayang ♥ Loveyaaaaaaa :* 

Yang menaip,
Intan Farhana Binti Roslan ♥










Thanks For Reading My NONSENSE Entry :)


Intan's Update ❤
Sunday, June 23, 2013 ? 0 Atashinchi ?


|❤| BIGHELLOTOYOUSTALKER |❤|



Assalamualaikum and well hello there ;) Apa khabar semua? Sihat? Dah lama tak log in blogger aku ni. Yelah, mana nak dan update blog bagai. Busy dgn sukan lah, apa lah. K, tapi mcm mana pun aku akan cari jugak masa untuk bercerita dkt blog aku yg omei ni :* Eh? Omei ka? K, takleh belah ;p Haha. Actually aku berblogger ni ada sebab. Sebab apa? Sebab nak luahkan apa yg terbuku dalam hati aku ni haa :') Dah buntu nak luahkan dkt sapa. Blogger ja tempat aku pun. Even blogger aku ni agak private, but it's ok for me. Lagi private lagi bagus ;) Buat apa nak heboh satu Malaysia yg aku ni ada blog. Ye dope? Kihkih ;p

Ok, segalanya bermula disini. Firsly, aku bersyukur sgt sebab sehingga ke hari ni masih diberi peluang oleh allah untuk terus hidup di dunia yg sementara ni. Boleh jugak aku bertumpang kasih dgn keluarga, kawan2 semua ;) Ohyaaa! Sembang pasal kawan, yeahhhh! Aku bersyukur sgt ok bila dapat kawan yg memehami aku, yg caring pasal aku, yg sayangkan aku. Bila aku ada masalah, sudah pasti aku tak akan hadapi sorang2. Kawan2 aku, senior aku sedia membantu aku. Ermmm, k. Rasa terhutang budi sgt2 dgn depa. Mmg banyak masalah skrg ni. Yelah, makin hari usia makin meningkat. Teenagers katanyaaa :) Tak mustahil laaa kalau seseorang tu takda masalahkan? Kan kan? Haha, agak berat jugak laaa dugaan/masalah yg aku hadapi skrg ni. api takpa. Benda yg lepas tak baik nak kenang2 bagai :')

Biarkan aku sorang je yg sakit hati. Asalkan Orang yg aku sayang bahagia. BAHAGIAMU DERITAKU~ Oicehhh xD Tapi serius laaaa. jujur dari lubuk hati, aku agaka kecewa, sakit hati bila dah tau kebenaran dia. Even dia buat aku macam ni, alhamdulillah. Sampai sekarang aku sill boleh senyum, boleh ketawa. Sebab apa? Sebab adanya kawan2 & jugak keluarga disisi aku :') Wait, mesti tertanya2 kan apa masalah aku? Jyeahhh! Org baru putus cinta laaaaaaah katakan ;p Manusia biasa laaa, tak pernah lekang dgn sifat cinta, sayang, dengki apa semua right? Mcm tu jugak aku :')

Oleh sebab cinta, hati merana. Jiwa tertekan. Choii! So, kepada diluar sana, kalau nak bercinta, bercinta lah dgn cara elok. Berterus terang dgn pasangan awak tuuu kalau ada yg mencurigakan awak ;) Ego? Ego jgn tinggi. Yelah, kalau api lawan api jadi apa? So, salah seorang kena lah jadi airnyaa. Baru cool ;p hihii! Ermmmm, berbalik kepada topik yg aku nak cakap. 

Cinta!

Apa itu cinta? Cinta itu adalah Anugerah yg paling terindah yg dikurniakan oleh Allah terhadap hamba2 Nya :') Ya, ada jugak pepatah yg menyatakan "Cinta itu adalah dua jiwa menjadi satu". Lalu, bagi sesetengah orang yg cintanya tidak terbalas mula mempersoalkan Qada dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah ;) Sebenarnya cinta ni  takda lah nak merumitkan sangat. Tapi, manusia yg selalu merumitkan lagi keadaan apabila bercinta :) SebenarnyaCinta itu terlalu banyak maksud. tapi bagi aku, cinta itu adalah satu perasaan sayang terhadap insan yang dikasihi ,ingin melindungi dia dan cinta itu satu tanggungjawab. So, bagi hampa yang masih belum bercinta terutama remaja, lebih baik hampa fikir masak-masak untuk bercinta. Sanggupkah hampa habiskan masa remaja hampa dengan bercinta? Aku nasihatkan enjoylah dulu dunia bersama kawan-kawan karib. Just nasihat ja ok ;) Hihi! 


Sahabat!

Sahabat untuk selamanyaaa ;) Apa itu sahabat? Hampa tau apa itu sahabat? Susah sebenarnya bila nak cari sahabat sejati yg betul setia dgn kita, ada dgn kita saat suka dan duka. Tapi percayalah, nak cari kawan yang terbaik tu mungkin satu dalam seribu. Ehh, dalam sejuta mungkin? Hihi ;p Ada jugak kawan yg jenis kejap ada, kejap takda. Ikut mood kawan kita lah kan? Ada kawan yg waktu senang dia Ghaib, waktu susah cari kita sampai ke lubang cacing. Ermmm, normal lah semua ni ye dope? Haha :) Nak cari kawan yang betul betul kawan bukan macam cari topup dekat kedai. Bukan jugak macam beli surat khabar tepi jalan. Semua kawan2 yg macam ni mengarut jeee! Bagi aku lah kan, Kalau yang baik, yang mampu bawa kita ke jalan yang benar, sentiasa nasihat kita.
Tapi cuba bayangkan hampa dapat kawan yg suka tikam hampa dari belakang? Apa perasaan hampa? K, kawan macam ni mau tauk depa dalam loji ja. Buat apa hidup just nak bertopengkan keikhlasan bagai ni. Buat sakit hati & menyusahkan je. 

Tak cukup lagi dgn semua tu, ada jugak kawan yg jenis suka cemburu tak tentu pasal. Hasrat dengki, haish! Apa masalah ah kalau ada org macam ni dkt dunia yg hanya sementara ni? Ermm, kalau ada kawan macam ni, terasa sedih pun ada. Yelah, kita trsut depa, suddenly depa buat mcm ni dkt kita. Tikam belakang lah, jeles tak tentu pasal lah. See, semua ni lumrah berkawan :') Tapi apa pun, aku yakin. Kawan2 yg aku ada sekarang ni tak akan berperangai macam ni. Aku dah anggap depa macam adik-beradik aku sendiri :') Jyeah you know what? Alhamdulillah, semuanyaakan senang bersama, susah bersama. Saat aku ada masalah dgn org2 yg sakitkan hati aku, depa betul2 care sgt pasal aku, jaga aku dgn baik, jaga perasaan aku. Syukur sgt k dapat kawan2 macam depa ni :') And aku harap, semuanya takkan berakhir sampai ke sini saja. Harap persahabatan kita akan kekal dunia akhirat. Setia bersama walau mcm mana keadaan sekalipun :') Will you stay with me FOREVER & EVER? Just hopeeee :') 

Alright! That's all apa yg aku nak kongsi dgn blogger pada ptg ni. So, kepada kawan2 aku di luar sana, fikirkan masak2 apabila hendak bercinta. Apa yg aku rasakan pada saat ini lah kan, cinta ni takda lah nak best tera mana pun :') Sakit hati lagi adalah. Cukup aku kena sekali, berkali2, bertubi2 aku akan ingat sampai ke sudah. Yelah, siapalah yg tak sakit hati apabila ditinggalkan dgn org yg tersayang. Kita percayakan dia, kita jaga hati dia, tetiba je dia buat mcm ni dkt kita. Tinggalkan kita dgn alasan tanak sakit hati bagai dah. Lepas je break, tetiba dah ada pengganti baru. Ermmmmm, nampak tak permainan dia? Bukan lah aku nak kata dkt sapa2 pun, tapi ni sebagai pengajaran yg nak aku kongsikan dkt sesiapa yg baca entry ni :') Please, fikirkan betul2 apabila ingin memberikan cinta awak dekat seseorang. Yess! i know, cinta itu mmg lah anugerah yg terindah, tapi kalau gunakan keindahan tu untuk menyakitkan hati org lain, better tak perlu kut nak cinta bagai. Buang maa, buang air mata, buang segala-galanyaaa!

Bila dah cinta, tolong jangan nak berikan sepenuh hati awak dkt seseorang, ingat! Perasaan manusia sering berubah2 :') That's why sekrang ni aku susah sgt nak percayakan lelaki dah skrg, bukan nak berlagak baik org what. Tapi kenyatan ok :') Ramai member aku kata hati aku ni lembut, haha. Sebenarnya takda lah nak lembut sgt :) Tapi kan tapi kan! Agak susah bagi aku, susah bagi hati aku sebenarnya nak memafkan org2 yg dah sakitkan hati aku. Tapi apakan daya. Aku ni hanyalah manusia yg lemah. Setiap org tak pernah lari dari buat kesilapan. Mmg patut aku maafkan org2 yg dah sakitkan hati aku, sebab apa? Siapa lah aku nak sombong sampai tanak memaafkan org lain sedangkan Nabi pun memaafkan umat mereka sendiri :') Everyone makes mistake. EVERYONE! Remeber that ☺ 

Kalau ada seseiapa yg baca entry ni & terasa ke makan dalam ke, aku mintak maaf bebanyak :) Takda niat nak bagi org lain terasa. Cuma, apa yg aku luahkan ni hanyalah luahan hati semata2 :') Semua org berhak bersuara. Termasuk awak, awak, awak, awak, awak, awak, & awak ;D 
Have a nice day people! Loveyaaaaaa ☺ ♥ 

Yang menaip,
Intan Farhana Binti Roslan ♥


Thanks For Reading My NONSENSE Entry :)